Pages

Wednesday, 21 August 2013

AP#04 : THE DAY!

Salam,

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua! Aku mula nebes memikirkan masalah dlm post sblmnya. Risau ada sisa-sisa gigi yg tertinggal. Hmmm...
Seperti biasa aku tiba on-time. Berpegang pada janji konsepnya. Tetapi cam biasa la 20 minit kemudian bru aku dapat masuk jumpa doktor. Sebelum masuk, misi ada tanya aku jenis braces yg aku nak pilih tu yg brape ribu. Aku tanpa teragak-agak terus memetik.... (jeng jeng jeng)

Mula masuk je, aku cerita kerisauan aku pasal masalah salah satu lubang yang aku fikirkan serpihan gigi tu kepada doktor. Doktor pun memeriksa kesemua lubang-lubang yg telah di cabut. Menurut doktor, benda keras yang aku maksudkan tu bukan la serpihan gigi tapi tulang. gulp! Aku ada juga bertanyakan doktor mengenai kegatalan yang aku alami beberapa hari sebelum ni. Menurut doktor itu adalah kerana gusi telah mula bergerak utk menutup lobang tersebut. Doktor cakap lubang tu lama-lama akan tertutup gak cuma perlu masa sahaja. Aku lega yang benda keras tu bukanlah serpihan gigi. Kalau serpihan gigi, mahunya operasi mengorek-ngorek serpihan tersebut akan di jalankan dan proses pemasangan braces terpaksa di tangguhkan.

Proses pemasangan braces  pun bermula. Doktor cakap proses ni amik masa dalam 1 1/2 jam camtu. Doktor buat skali pembersihan gigi (scaling&polishing) secara serentak. Aku mula merasakan seperti ada gumpalan taik gigi melekat di lapisan atas gigi. Tak dapat bayangkan lagi camna rupanya braces yg telah di pasang ke atas gigi aku. Ok, separuh jalan pakai braces tu aku mula rasa nak terkucil. Mintak kebenaran doktor utk gi toilet. Sambil menyelam minumlah air nak tgk braces yg dah di pakaikan tu camna. hahha. Masuk semula dan sambung pasang. Proses berakhir pada jam 12.35 kalau tak silap aku. Tak de la sakit mana pun, cuma tak selesa je (time ni jela). Tapi doktor kata, arini mungkin tak rasa apa2 sgt, hari kedua akan terasa bila braces mula mengetat (gulp)

Selesai proses pemasangan, aku di beri cermin oleh pembantu doktor. Taraaa.. surprise. Doktor kemudiannya memberikan aku berus gigi dan benda kt bwh ni (aku lupa kebendanya) tp benda tu mcm lekat kat braces utk elak braces tu berlanggar bibir yg mewujudkan rasa ketidak selesaan.


aku ada tanya doktor pasal menatang berus kecik utk braces. Dr cakap benda tu tak perlu pun. Benda
wajib yg ko kena buat adalah berus gigi dengan teliti je atleast 5 minit. Aku de tanya lagi pasal pencuci kumur-kumur tu. Dr kata elakkan kumur-kumur guna menatang tu. sbb takut akan tinggalkan stain kat gigi bila masa tanggal nanti. So, doktor syorkan kumur-kumur guna air garam je. (ooyeah! jimat cost di sini).

Ok seperti yg di janjikan, berikut adalah braces pilihan aku. hehe
view hazab gigi aku. hazab gile kan? kita tgk progress nya dalam masa 2 tahun ni.

So, braces pilihan aku adalah semi-transparent self-ligating braces yang berharga RM6k. Since, aku at least kena pakai selama 2 tahun. Pelan jangka panjang aku adalah kalau boleh in 2 years tanak la nampak obvious sgt braces ni. Tu yg aku pilih braces jenis ni. Aku bayar downpayment RM1.5k (tak termasuk kos cabut 4 btg gigi RM200) so ada balance lagi RM4.5k. Ingat nak bayar lebih sket so kurangla sket monthly payment. tp sbb nak guna duit utk keperluan lain, terpaksa tangguhkan hasrat tersebut. So, bulan-bulan aku kena bayar dlm RM200. 

muka ada senyiumm!

Next appoinment adalah pada 2 Oktober 2013. Terima Kasih kepada bapakku kerana sudi menyeponsor downpayment! hehe.

4 comments:

Lydia said...

semi-transparent self-ligating braces?? itu kire besi ke plastik? nampak putih jer... cem plastik jer...huhuhuuhu

Unknown said...

ceramic la. pekah plastik hahaa.. kat bhgn blakang tu metal. so bhgn depan tu ceramin

Lydia said...

oh... ( still blur )

Unknown said...

salam nak tanye, charge utk scaling tu brp rm ye?

Post a Comment