Pages

Tuesday 27 August 2013

Apa aku makan masa pantang (Minggu 1)

Apa doktor cakap?
Doktor suruh makan benda yg lembut-lembut.

Kenapa kena makan yg lembut-lembut?
Nak kasi jgn sakit kut. Ke nak kasi braces tu ngam ngan gigi dulu?

Ikut ke cakap doktor?
aaaaa... Errrr...rasenye ikot kot

Apa yg ko kerap makan/Minum?

Bubur Nasi & Yogurt. Setelah mencuba pelbagai jenama yogurt, Aku rasa aku dah start ketagih yogurt cap dutch lady. Rasanya berlemak disukai ramai. Konpemla jadi sbhgn dr plan dlm menu utk 'sizing' lepas ni. Hehe. Minuman pulak selain air masak, aku byk minum Marigold HL Chocolate sbg sumber protein aku sbg langkah utk maintain muscle
mass dari menurun memandangkan tak brape boleh nak mengunyah ayam minggu pertama.

Makanan lembut lain yg ko makan?
Tau Foo Fa (Makanan wajib setiap jumaat lepas ni. Since benda ni jual hari jumaat je time solat jumaat)


Apa yg ko boleh makan tp tak boleh makan selalu?

Aiskrim oreo! Gila nk mkn selalu? Kandungan lemak tinggi bai, tak elok utk diet aku. Mahal plak tu. Ni pun sejak raya, aku hanya mampu buat full body workout sekali je. Malas gile babi. Akibatnya, konpem lemak makin tebal.

Makanan ko rasa paling sedap dan indah waktu tgh berpantang ni?

Durian Crepe! tak dapat gambarkan macamana sedap dan lembutnya durian crepe ni. Dah lama tak makan. Sekali dapat makan tu. Perghhhh... menangkap sanubari betul.

Apa yg ko rasa tak boleh makan, tapi ko makan jugak?

Benda pertama yg aku kunyah adalah Kuew teow sizzling. Masatu aku gi teman adik aku shopping. Lapo la pulak, gi food court taktau benda apa yg boleh aku makan. So, akh terpandangla kuew teow sizzling yg aku rasa boleh makan kot. Sbb texturenya yg lembut. Perghh sedap dowh. Abih je melantak, aku dpt rasakan, byk sisa2 seperti kuew teow, sayur, telor yg terselit kat celahan. Itula pengalaman ngeri pertama aku tersangkut makanan secara ekstrem. Selesai je makan, aku kumur2 dan melakukan aksi mengeluarkan aksi mengeluarkan sisa2 makanan tersebut dgn menggunakan jari (sila bwk pencungkil gigi lepas ni).

Makanan lain yg ko tak serik makan selepas pengalaman ngeri di atas?
Mee kari, laksa, karipap, sosej.  Hahaa lantak sakan ni tp kt rumah la. No hal, sbb lepas makan leh tros cuci. Tp ada bahan dlm makanan tu yg taley nk gigit sgt cth macam timun. So, terpaksa tolak tepi. Yg penting aku dapat melantak mee kari ngan laksa mak aku. mmm..dapp

Boleh plak ko ngunyah?
Gila tak boleh? Alhamdulillah dlm hari ke-3 aku dah leh kunyah guna gigi hujung belah kanan. Cuma gigi depan ni je tatau bila boleh berfungsi mcm biasa utk aku ratah ayam. So, sementara nk tunggu gigi depan berfungsi seperti biasa, terpaksalah makan dlm bentuk kecik2 sumbat masuk gigi hujung.

Makanan yg ko ngidam nk makan tp takleh nk makan?
Kuih gunting, kacang. Huhu. Aritu cuba nk makan muruku tak lepas plak. So terpaksa batalkan hasrat.

So, mitos mengatakan pakai braces ni leh kurangkan selera makan sekaligus menyebabkan si pemakai kurus dusta semata-mata lah? 
Tak jugak, rasanya depends kpd individu gak samada dia jenis kental selain depends kpd jenis braces jugak rasanya. Alhamdulillah, sejak pakai braces ni takdalah selera makan tu berkurang demam2 segala. Cuma rasa tak selesa je lelagi masa hari ke-2. Tapi, alhamdulillah hari ke-3 dah mula rasa selesa. Hari ke-4 dah stat leh kunyah dgn baik tp benda2 lembutlah. Tak berani nk kunyah benda keras lg. Bukan tak pernah cuba, seperti dlm jawapan sblmnya hanya sempat gigit sekali je, terus keluarkan blk. Sbb teringat kata doktor suruh makan benda2 lembut.

Kesimpulannya?
No turning back! Aku dah pilih jalan ni. So terpaksa hadapinya dgn Redhooo! Tp aku masih berharap, dpt makan kuih gunting dlm masa terdekat ni sblm abih! Haha

3 comments:

Lydia said...

hahahah tak abis2 ngn kuih gunting die tu.. sabo jela..

go go chaiyokk! i rase dalam tempoh sebulan ni mesti da nampak perubahan gigi u tu... :D

Unknown said...

hahahahah aku first time da laa lapo mkn meggi jeee melantak sumbat terus ke liang lahat hahahaha dokter suh mkn bubur tapi aku tak minat bubur 😑

Unknown said...

Haha aku haru first pakai dh telan ayam kfc, sakit blkng kira dah yg penting aku kenyng 😂

Post a Comment