Pages

Wednesday 17 July 2013

APPOINMENT KEDUA

hola!

harini ada discussion dgn Dr. Chee hasil dr laporan xray dgn acuan gigi yg di buat Rabu lepas. Aku stress sket td. Dah pukul 4ptg aku sampai kat bwh, boleh plak baru nak call mintak tukar appoinment ke pukul 6ptg. sbb ada pelanggan mana tah punye bengong tapau sampai 2 jam hatta appoinment dia hanya sejam je. Nak tak nak aku kena tunggu gakla.. Takda maknanya aku nk balik rumah pastu nak dtg balik. Kalau umah depan mata takpa la gak kan. Lama tak lama adalah dlm 1/2 jam kot aku tunggu kat luar. Lepastu 15 minit plak aku tunggu kat dalam. Tgh dok tunggu Dr masuk balik, boleh plak pembantu Dr. ni dok bergosip sakan belakang aku pasal client diorang sblm ni. Sungguh tak beretika ya! Sabar jela bulan puasa ni. haihh..

Akhirnya Dr pun masuk. Dia tanya balik kenapa aku nk pakai braces. Jawapan yg sama gakla aku kasi. Ok then, Dr. tu mcm nak aku pasrah je sbb nak kasitau aku tetap kena cabut 4 batang gigi iaitu 4 btg gigi dr 2 gigi depan. So, insha Allah klu senyum tu tayah nak kaver sgt sbb gigi rongak tu kat belakang hoho..

ngerinya weh!!! seriau di buatnya

Then,

Wednesday 10 July 2013

APPOINMENT PERTAMA

Akibat terpengaruh dgn sorang kwn yg pakai braces ni, sebulan yang terlepas terdetik rasa di hati nak pakai braces utk luruskan gigi yg berterabur ni. So, dari situ la aku start tanya kat dia mcm-mcm psl braces, buat research online youtube semua aku redah, baca review bagai.

Memandangkan aku kekurangan dana, aku mula lah memulakan misi mencari penaja. hahaha. Siapa lagi mangsa tajaan kalau bukan bapak aku. Gerun gak nak mintak tajaan. Seminggu gak la aku plan betul-betul nak bagi misi berjaya. muahaha. Mula-mula misi tu cam gagal. Tapi 3 hari kemudian bapak aku yg mula approach aku tanya psl braces. Apa lagi terasa seperti bunga berguguran dr langit la. kekeke. Bapak aku akhirnya dgn senang hati nak menaja down payment utk aku buat braces. Tapi bulan-bulan aku bayo le. hehe.

Setelah beberapa minggu membuat research dari segi harga, jenis braces, tahap servis dan review via phone & internet, akhirnya aku decide nak buat braces kat sini secara serius. (promot sket)


Review aku baca kat internet not bad servis dia. Harga pon boleh tahan takdalah 'mahal' sgt. Bayaran pon boleh di runding. So, aku rasa inilah klinik

Monday 1 July 2013

INTRODUKSI

Assalamualaikum...

Tujuan blog ini di wujudkan adalah sbg medium utama aku utk dokumentasikan pengalaman dan perjalanan aku sebagai pengguna gigi besi :D dari hari pertama aku decide utk pakai sehinggalah hari terakhir aku pakai. Aku dah miss sesuatu yg besar dlm hidup aku sblm ni sampai aku nyesal kenapalah aku tak dokumenkan transformasi aku sebelum ini. So, aku harap dengan wujudnya blog ini akan menjadi kenangan buat aku dan sbg panduan utk pengunjung-pengunjung blog ini.