Pages

Wednesday 13 November 2013

Appointment #06

Salam semua. lama tak update kan? huhu.. ok tadi aku ada appoinment tukar dan ketatkan wire braces kali ke-2. So far perkembangan baik dan buat masa ni rasa gigi sengal sangat2. lama dah tak rasa camni.. adeh.. ketat sangat ke doktor ikat? balik je dari tukar dawai tadi ok je aku makan kacang almond dengan suka hatinya. tetiba ptg ni cam sakit plak. bertabahlah. Sila check out aku punya perkembangan di bawah. Syukurlah bawah byk dah gerak. cuma belah atas je lembap. doktor kata atas gerak masa fasa ke-2 nanti bila gigi tu mula di tarik kebelakang.


next appointment adalah pada 25/12 patutnya (6 minggu selepas) tapi aku mintak 1hb sbb tak gaji lagi time tu ngeh ngeh ...

Wednesday 2 October 2013

APPOINMENT #05

OK. Basicallly semalam appoinment just tukar ngan ketatkan wayar je. Syukurlah pilihan aku utk memilih self-ligating braces adalah tepat. So, tiada rasa kesakitan atau ketidakselesaan seperti conventional braces. Semalam juga aku ada la bertanyakan beberapa soalan nak kasi jelas lagi. antaranya:

1) Soalan yang takda kena mengena ngan aku iaitu pasal conventional braces (sbb kawan aku mengadu kesakitan tahap langit ke-7 setiap kali gi ketatkan gigi. Aku tanya doktor apsal member aku tu sakit camtu sekali?
Kata doktor, conventional braces ni kesakitan dia macam ko cengkam /tarik ketat-ketat rambut ko. macam tula rasa dia. Itulah fungsi getah yang di tukar-tukar setiap kali appoinment tu. Masa tu aku dah start seriau, tak dapat bayangkan kalau aku dalam keadaan tersebut. Sesungguhnya, aku respek dengan orang-orang yang memilih conventional braces kerana begitu kuat, utuh dan teguh menghadapi kesakitan tersebut. RESPEK!

2) Boleh tak kalau mcm sampai satu ketika aku nak tanggal sekejap pastu pasang balik? (masa ni doktor dah agak dah, ni mesti pasal nak kahwin. hahaha. Sbb ramai gak patient dia tanya soalan yang sama)
Jawapannya, boleh tapi katenye bracket tu rosak le nanti. Pastu kalau nak pasang balik kena undur beberapa step balik. Dah rugi uwang dan masa di situ. Plus doktor tu ckp braces aku pun org tak perasan sgt. So takyah risau. Mmg aku sedar pasal tu sbb ada member aku dah dekat sebulan baru perasan aku pakai braces. itupon sbb aku berdiri betul-betul depan dia.

3) Perluke gosok gigi setiap kali makan & kumur-kumur guna mouthwash yg di khaskan utk bracee?
Doktor kata tak perlu. Just pagi dan malam. Klu rasa selesa. Tapi aku rasa tak selesa, so aku gosok gigi lepas makan nak kasi sisa-sisa makanan nyah dari gigi aku. Pasal kumur-kumur tu pulak dia kata, biasanya benda tu lebih di sarankan kepada budak-budak bawah umur yang biasa nya tahap hygiene gigi kurang. So, mouth wash tu adalah penyelesaiannya. Tapi lastly, aku rembat gak mouthwash tu haha nak test market jap. :D

4) Bila masa gigi bergerak, masa rasa ketat tu ke?
Doktor kata gigi bergerak sepanjang masa sedikit demi sedikit. So, doktor kate gigi aku bergerak dlm keadaan baik seperti sepatutnya, tak laju sgt tak lambat sgt. Dia kata lagi kalau laju sgt tak elok masa bukak braces nanti, takut gigi tu longgar. Better slow and steady.. hehe.

Rasanya ada beberapa soalan lagi aku tanya. tapi aku rasa ni je yg aku ingat. OK, next appoinment lagi 6 minggu. Akhir kata, Kepada pengguna-pengguna conventional BERTABAHLAH. Kami bersamamu.. hehee

Saturday 28 September 2013

PROGRESS : SEBULAN KEMUDIAN...

Akhirnya dah sebulan 8 hari aku pakai braces. Rabu ni appoinment seterusnya dengan doktor. Tak sure lg apa yg doktor akan lakukan. Nanti aku update ye. Ok berikut adalah hasil gigi besi selepas sebulan pakai. Syukurlah aku dah makin selesa pakai braces.




Byk gak gerak kan? :D Tak sabar nak tgk gigi aku lebih lurus lgk. hohoo 


Thursday 19 September 2013

Gulp..

Ohoii lama tak update kan. Ok aku nak laporkan smlm dawai braces aku belah atas dekat ngan gigi geraham hampir2 je nk tertanggal haha. Nasib baik la boleh masuk blk. Ini semua gara2 gigih menggigit muruku. Huhu.. mungkin cebisan muruku tu besar sgt sampai terperosok di celah dawai braces. Sempat la rasa dawai tu mcm bengkok. Nasib baik dawai tu fleksibel. Masa mula2 rasa dgn lidah dawai braces tu bengkok mula la gelabah mcmana klu tercabut. Dah la doktor braces ada tiap2 hari rabu. Tp syukurlah, segalanya ok. Lepas tu leh sambung mkn muruku blk wakaka. Tapi dengan berhati2 la. Hehe. Ok sekian sahaja laporan utk kali ni. Lambat plak nk gi jumpa doktor utk next appoinment. -_-

Friday 30 August 2013

SEMINGGU KEMUDIAN...

Seperti yang di janjikan. Progress seminggu selepas pakai braces. Rasa semakin selesa. Makan pun dah macam biasa cuma tak boleh guna gigi depan je. hehe. Semalam baru melantak nasi ayam kukus dan burger bakar abg burn. hehee jangan jeles!. Tak sure gigi gerak ke tak. korang tgk jela image gif kt bwh ni yer. nilaikan sendiri. huhu


Progress dari sisi tepi

Progress dari sisi hadapan

OK. baiklah next progress sebulan dari sekarang ya!


Tuesday 27 August 2013

Apa aku makan masa pantang (Minggu 1)

Apa doktor cakap?
Doktor suruh makan benda yg lembut-lembut.

Kenapa kena makan yg lembut-lembut?
Nak kasi jgn sakit kut. Ke nak kasi braces tu ngam ngan gigi dulu?

Ikut ke cakap doktor?
aaaaa... Errrr...rasenye ikot kot

Apa yg ko kerap makan/Minum?

Bubur Nasi & Yogurt. Setelah mencuba pelbagai jenama yogurt, Aku rasa aku dah start ketagih yogurt cap dutch lady. Rasanya berlemak disukai ramai. Konpemla jadi sbhgn dr plan dlm menu utk 'sizing' lepas ni. Hehe. Minuman pulak selain air masak, aku byk minum Marigold HL Chocolate sbg sumber protein aku sbg langkah utk maintain muscle

Thursday 22 August 2013

Hari kedua bersama Gigi Besi



Apa aku rasa?
Rasa cam nak tanggal balik je. Hahaa. Dia tak sakit sgt pun. Cuma lebih mendatangkan rasa ketidakselesaan jek.

Tak sakit sangat?
Rasa sengal2 je. Sbb rasa gigi ketat sgt. Urghh.. so, ikut nasihat doktor la. First week makan benda yg lembut. So, tak perlu kunyah, telan je.

Apa yg aku makan?
Semalam balik je aku trus drive thru Bubur. Otw blk tu, aku singgah Aeon Big tapau susu coklat HL sbg sumber protein aku dan Minuman yogurt sbg bahan pelawas huhu. Petang tu pulak aku melantak eskrem vanilla oreo tu. Perghhh sedapnya..

Perasaan aku sekarang?
Bila la rasa yg tak best ni nak hilang? Syukurlah aku masih mampu mengawal emosi. Harap aku mampu bertahan utk hari-hari berikutnya. Amin...