Pages

Wednesday 2 October 2013

APPOINMENT #05

OK. Basicallly semalam appoinment just tukar ngan ketatkan wayar je. Syukurlah pilihan aku utk memilih self-ligating braces adalah tepat. So, tiada rasa kesakitan atau ketidakselesaan seperti conventional braces. Semalam juga aku ada la bertanyakan beberapa soalan nak kasi jelas lagi. antaranya:

1) Soalan yang takda kena mengena ngan aku iaitu pasal conventional braces (sbb kawan aku mengadu kesakitan tahap langit ke-7 setiap kali gi ketatkan gigi. Aku tanya doktor apsal member aku tu sakit camtu sekali?
Kata doktor, conventional braces ni kesakitan dia macam ko cengkam /tarik ketat-ketat rambut ko. macam tula rasa dia. Itulah fungsi getah yang di tukar-tukar setiap kali appoinment tu. Masa tu aku dah start seriau, tak dapat bayangkan kalau aku dalam keadaan tersebut. Sesungguhnya, aku respek dengan orang-orang yang memilih conventional braces kerana begitu kuat, utuh dan teguh menghadapi kesakitan tersebut. RESPEK!

2) Boleh tak kalau mcm sampai satu ketika aku nak tanggal sekejap pastu pasang balik? (masa ni doktor dah agak dah, ni mesti pasal nak kahwin. hahaha. Sbb ramai gak patient dia tanya soalan yang sama)
Jawapannya, boleh tapi katenye bracket tu rosak le nanti. Pastu kalau nak pasang balik kena undur beberapa step balik. Dah rugi uwang dan masa di situ. Plus doktor tu ckp braces aku pun org tak perasan sgt. So takyah risau. Mmg aku sedar pasal tu sbb ada member aku dah dekat sebulan baru perasan aku pakai braces. itupon sbb aku berdiri betul-betul depan dia.

3) Perluke gosok gigi setiap kali makan & kumur-kumur guna mouthwash yg di khaskan utk bracee?
Doktor kata tak perlu. Just pagi dan malam. Klu rasa selesa. Tapi aku rasa tak selesa, so aku gosok gigi lepas makan nak kasi sisa-sisa makanan nyah dari gigi aku. Pasal kumur-kumur tu pulak dia kata, biasanya benda tu lebih di sarankan kepada budak-budak bawah umur yang biasa nya tahap hygiene gigi kurang. So, mouth wash tu adalah penyelesaiannya. Tapi lastly, aku rembat gak mouthwash tu haha nak test market jap. :D

4) Bila masa gigi bergerak, masa rasa ketat tu ke?
Doktor kata gigi bergerak sepanjang masa sedikit demi sedikit. So, doktor kate gigi aku bergerak dlm keadaan baik seperti sepatutnya, tak laju sgt tak lambat sgt. Dia kata lagi kalau laju sgt tak elok masa bukak braces nanti, takut gigi tu longgar. Better slow and steady.. hehe.

Rasanya ada beberapa soalan lagi aku tanya. tapi aku rasa ni je yg aku ingat. OK, next appoinment lagi 6 minggu. Akhir kata, Kepada pengguna-pengguna conventional BERTABAHLAH. Kami bersamamu.. hehee

3 comments:

Lydia said...

erksss.... ! heehheheeh bertabahlah la yer..
arini i rase mcm da ok ckt.. bile ketapkan2 gigi pun takde rase sakit da.. so tghri ni i nak makan nasik lauk ikan patin! hehehe

anyway.. u dah nak kawen ker? sibuk je tanyer nak tanggal braces tu...

Unknown said...

untonglah dpt makan nasi ngan ikan patin haha..

plan masa hadapan je.. haha

@nurfurqan said...

Lepas sebulan pasang, next appointment tu doktor akan tukar wayar yang lebih besar ke?

Post a Comment