Wednesday, 13 November 2013
Appointment #06
Wednesday, 2 October 2013
APPOINMENT #05
1) Soalan yang takda kena mengena ngan aku iaitu pasal conventional braces (sbb kawan aku mengadu kesakitan tahap langit ke-7 setiap kali gi ketatkan gigi. Aku tanya doktor apsal member aku tu sakit camtu sekali?
Kata doktor, conventional braces ni kesakitan dia macam ko cengkam /tarik ketat-ketat rambut ko. macam tula rasa dia. Itulah fungsi getah yang di tukar-tukar setiap kali appoinment tu. Masa tu aku dah start seriau, tak dapat bayangkan kalau aku dalam keadaan tersebut. Sesungguhnya, aku respek dengan orang-orang yang memilih conventional braces kerana begitu kuat, utuh dan teguh menghadapi kesakitan tersebut. RESPEK!
2) Boleh tak kalau mcm sampai satu ketika aku nak tanggal sekejap pastu pasang balik? (masa ni doktor dah agak dah, ni mesti pasal nak kahwin. hahaha. Sbb ramai gak patient dia tanya soalan yang sama)
Jawapannya, boleh tapi katenye bracket tu rosak le nanti. Pastu kalau nak pasang balik kena undur beberapa step balik. Dah rugi uwang dan masa di situ. Plus doktor tu ckp braces aku pun org tak perasan sgt. So takyah risau. Mmg aku sedar pasal tu sbb ada member aku dah dekat sebulan baru perasan aku pakai braces. itupon sbb aku berdiri betul-betul depan dia.
3) Perluke gosok gigi setiap kali makan & kumur-kumur guna mouthwash yg di khaskan utk bracee?
Doktor kata tak perlu. Just pagi dan malam. Klu rasa selesa. Tapi aku rasa tak selesa, so aku gosok gigi lepas makan nak kasi sisa-sisa makanan nyah dari gigi aku. Pasal kumur-kumur tu pulak dia kata, biasanya benda tu lebih di sarankan kepada budak-budak bawah umur yang biasa nya tahap hygiene gigi kurang. So, mouth wash tu adalah penyelesaiannya. Tapi lastly, aku rembat gak mouthwash tu haha nak test market jap. :D
4) Bila masa gigi bergerak, masa rasa ketat tu ke?
Doktor kata gigi bergerak sepanjang masa sedikit demi sedikit. So, doktor kate gigi aku bergerak dlm keadaan baik seperti sepatutnya, tak laju sgt tak lambat sgt. Dia kata lagi kalau laju sgt tak elok masa bukak braces nanti, takut gigi tu longgar. Better slow and steady.. hehe.
Rasanya ada beberapa soalan lagi aku tanya. tapi aku rasa ni je yg aku ingat. OK, next appoinment lagi 6 minggu. Akhir kata, Kepada pengguna-pengguna conventional BERTABAHLAH. Kami bersamamu.. hehee
Saturday, 28 September 2013
PROGRESS : SEBULAN KEMUDIAN...
Thursday, 19 September 2013
Gulp..
Ohoii lama tak update kan. Ok aku nak laporkan smlm dawai braces aku belah atas dekat ngan gigi geraham hampir2 je nk tertanggal haha. Nasib baik la boleh masuk blk. Ini semua gara2 gigih menggigit muruku. Huhu.. mungkin cebisan muruku tu besar sgt sampai terperosok di celah dawai braces. Sempat la rasa dawai tu mcm bengkok. Nasib baik dawai tu fleksibel. Masa mula2 rasa dgn lidah dawai braces tu bengkok mula la gelabah mcmana klu tercabut. Dah la doktor braces ada tiap2 hari rabu. Tp syukurlah, segalanya ok. Lepas tu leh sambung mkn muruku blk wakaka. Tapi dengan berhati2 la. Hehe. Ok sekian sahaja laporan utk kali ni. Lambat plak nk gi jumpa doktor utk next appoinment. -_-
Friday, 30 August 2013
SEMINGGU KEMUDIAN...
Tuesday, 27 August 2013
Apa aku makan masa pantang (Minggu 1)
Doktor suruh makan benda yg lembut-lembut.
Kenapa kena makan yg lembut-lembut?
Nak kasi jgn sakit kut. Ke nak kasi braces tu ngam ngan gigi dulu?
Ikut ke cakap doktor?
aaaaa... Errrr...rasenye ikot kot
Apa yg ko kerap makan/Minum?
Bubur Nasi & Yogurt. Setelah mencuba pelbagai jenama yogurt, Aku rasa aku dah start ketagih yogurt cap dutch lady. Rasanya berlemak disukai ramai. Konpemla jadi sbhgn dr plan dlm menu utk 'sizing' lepas ni. Hehe. Minuman pulak selain air masak, aku byk minum Marigold HL Chocolate sbg sumber protein aku sbg langkah utk maintain muscle
Thursday, 22 August 2013
Hari kedua bersama Gigi Besi
Apa aku rasa?
Rasa cam nak tanggal balik je. Hahaa. Dia tak sakit sgt pun. Cuma lebih mendatangkan rasa ketidakselesaan jek.
Tak sakit sangat?
Rasa sengal2 je. Sbb rasa gigi ketat sgt. Urghh.. so, ikut nasihat doktor la. First week makan benda yg lembut. So, tak perlu kunyah, telan je.
Apa yg aku makan?
Semalam balik je aku trus drive thru Bubur. Otw blk tu, aku singgah Aeon Big tapau susu coklat HL sbg sumber protein aku dan Minuman yogurt sbg bahan pelawas huhu. Petang tu pulak aku melantak eskrem vanilla oreo tu. Perghhh sedapnya..
Perasaan aku sekarang?
Bila la rasa yg tak best ni nak hilang? Syukurlah aku masih mampu mengawal emosi. Harap aku mampu bertahan utk hari-hari berikutnya. Amin...
Wednesday, 21 August 2013
AP#04 : THE DAY!
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua! Aku mula nebes memikirkan masalah dlm post sblmnya. Risau ada sisa-sisa gigi yg tertinggal. Hmmm...
Seperti biasa aku tiba on-time. Berpegang pada janji konsepnya. Tetapi cam biasa la 20 minit kemudian bru aku dapat masuk jumpa doktor. Sebelum masuk, misi ada tanya aku jenis braces yg aku nak pilih tu yg brape ribu. Aku tanpa teragak-agak terus memetik.... (jeng jeng jeng)
Mula masuk je, aku cerita kerisauan aku pasal masalah salah satu lubang yang aku fikirkan serpihan gigi tu kepada doktor. Doktor pun memeriksa kesemua lubang-lubang yg telah di cabut. Menurut doktor, benda keras yang aku maksudkan tu bukan la serpihan gigi tapi tulang. gulp! Aku ada juga bertanyakan doktor mengenai kegatalan yang aku alami beberapa hari sebelum ni. Menurut doktor itu adalah kerana gusi telah mula bergerak utk menutup lobang tersebut. Doktor cakap lubang tu lama-lama akan tertutup gak cuma perlu masa sahaja. Aku lega yang benda keras tu bukanlah serpihan gigi. Kalau serpihan gigi, mahunya operasi mengorek-ngorek serpihan tersebut akan di jalankan dan proses pemasangan braces terpaksa di tangguhkan.
Proses pemasangan braces pun bermula. Doktor cakap proses ni amik masa dalam 1 1/2 jam camtu. Doktor buat skali pembersihan gigi (scaling&polishing) secara serentak. Aku mula merasakan seperti ada gumpalan taik gigi melekat di lapisan atas gigi. Tak dapat bayangkan lagi camna rupanya braces yg telah di pasang ke atas gigi aku. Ok, separuh jalan pakai braces tu aku mula rasa nak terkucil. Mintak kebenaran doktor utk gi toilet. Sambil menyelam minumlah air nak tgk braces yg dah di pakaikan tu camna. hahha. Masuk semula dan sambung pasang. Proses berakhir pada jam 12.35 kalau tak silap aku. Tak de la sakit mana pun, cuma tak selesa je (time ni jela). Tapi doktor kata, arini mungkin tak rasa apa2 sgt, hari kedua akan terasa bila braces mula mengetat (gulp)
Selesai proses pemasangan, aku di beri cermin oleh pembantu doktor. Taraaa.. surprise. Doktor kemudiannya memberikan aku berus gigi dan benda kt bwh ni (aku lupa kebendanya) tp benda tu mcm lekat kat braces utk elak braces tu berlanggar bibir yg mewujudkan rasa ketidak selesaan.
Tuesday, 20 August 2013
Satu hari sebelum
Salam,
Besok adalah hari yang dinanti-nantikan iaitu pemasangan gigi besi. Tapi entah kenapa, aku tak rasa esok bukan waktunya menurut firasatku. Aku rasa bagaikan di salah satu lubang dari tempat 4 batang gigi ku dicabut ada tertinggal serpihan gigi. Mungkin itu punca utama bhgn tersebut terasa gatal beberapa hari lalu. Aku semakin cuak andai besok bukanla harinya kerna aku dah meleburkan cuti tahunanku semata-mara utl hari esok. Andai besok bukan masanya, aku redha. Aku tebak esok doktor akan mencungkil2 serpihan gigi yg tertinggal ini. :(( Maka terpaksa aku tunggu seminggu lagi utk merealisasikan hasrat utk memasang braces.
Sunday, 18 August 2013
Beberapa hari kemudian...
Owh man! Beberapa harini gigi aku gatal. Kalau boleh garuk dah garuk dah ni. Plus ada ulser kat bahagian atas dekat dgn bhgn gigi yg di cabut. -_- Gatalnyaaaa!!!!! :((
Thursday, 15 August 2013
HARI KE-2 SELEPAS CABUT GIGI
Hari ni hari kedua selepas cabut 4 batang gigi semalam. Syukur Alhamdulillah gigi tak rasa sakit cuma smlm sengal-sengal geli je haha. rasa nak garuk jek. Harini aku dah stat melantak cam biasa. Pagi tadi sarapan Nasi Goreng. Cuma tengahari aku mintak mak masakkan bubur nasi makan ngan telur sambal. sodapnyeee. kononnye nak melatih diri makan bubur bila time pakai braces. hehe. Yang paling bestnya. aku melantak kuih gunting yang rangup di bawah. Makan sebiji2 penuh berhati-hati tamau kasi tersusuk tempat luka. Tadi dah terkena sket. nasib baik tak sakit. Alhamdulillah. Rupanya cabut gigi tak sehazab yang aku fikirkan. sampai terbawa-bawa kemimpi haha..
APPOINMENT 3 : CABUT GIGI
Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba! cuak bai!! ok aku sampai klinik tepat jam 10pagi. Hampir 1/2 jam aku tunggu di panggil utk bertemu Dr Chee. Jantung mula berdegup dgn lajunya. dalam 15 minit juga aku tunggu Dr masuk blk. ok jantung mula berdegup dgn lajunya. Di mulakan dgn kalimah Bismillahirahmanirahhim aku redha tabah cekal dgn apa saje yg bakal menimpaku sebentar lagi. Dr masuk semula dan mencadangkan aku untuk cabut 2 batang gigi dulu, then 2 batang lagi minggu depannya. Bagi aku masa itu nak rasa sakit tu biar sekali je haha.. So, aku decide utk cabut 4 batang sekali. Dr kata tak ramai org nak cabut 4 batang skaligus. Aku malas nak berulang-alik kerap sgt. tu yang aku decide nak cabut 4 batang terus. So that next week leh pasang braces terus.
Dr pun mula la memulakan sesi membius. Aku mula terasa seperti memiliki bibir seperti Angelina Jolie. Bibir dan gusi dah start kebas. Hampir 1/2 jam la jugak sesi membius ni (termasuk sesi menunggu). Selesai saje Bius, Dr cek samada aku rasa sakit tak bila dia cucuk2 gusi aku dgn pencungkil besi tu. Tak rasa apa pon. Ok cun. Proses pencabutan gigi pun bermula (aku dah stat telan air liur). Kepala aku di pegang erat oleh cik misi, Dr mula mencengkam gigi aku dengan playar (krak kruk bunyinya). Sejujurnya, aku tak rasa langsung ketika itu. Tgk-tgk gigi dah tertanggal. Syukurlah proses pencabutan gigi berjalan lancar dan tidak menyakitkan. Terima kasih kpd ubat bius (3 kali bai Dr buat utk make sure aku tak rasa sakit).