Akibat terpengaruh dgn sorang kwn yg pakai braces ni, sebulan yang terlepas terdetik rasa di hati nak pakai braces utk luruskan gigi yg berterabur ni. So, dari situ la aku start tanya kat dia mcm-mcm psl braces, buat research online youtube semua aku redah, baca review bagai.
Memandangkan aku kekurangan dana, aku mula lah memulakan misi mencari penaja. hahaha. Siapa lagi mangsa tajaan kalau bukan bapak aku. Gerun gak nak mintak tajaan. Seminggu gak la aku plan betul-betul nak bagi misi berjaya. muahaha. Mula-mula misi tu cam gagal. Tapi 3 hari kemudian bapak aku yg mula approach aku tanya psl braces. Apa lagi terasa seperti bunga berguguran dr langit la. kekeke. Bapak aku akhirnya dgn senang hati nak menaja down payment utk aku buat braces. Tapi bulan-bulan aku bayo le. hehe.
Setelah beberapa minggu membuat research dari segi harga, jenis braces, tahap servis dan review via phone & internet, akhirnya aku decide nak buat braces kat sini secara serius. (promot sket)
Review aku baca kat internet not bad servis dia. Harga pon boleh tahan takdalah 'mahal' sgt. Bayaran pon boleh di runding. So, aku rasa inilah klinik
terbaik untuk aku buat braces. Aku di perkenalkan dgn Dr Chee. Beliau akan menjadi doktor rasmi aku sepanjang aku pakai braces. Aku di perkenalkan dgn 3 jenis braces oleh beliau. Berikut adalah 3 jenis braces yg di tawarkan di klinik tersebut :
1) Conventional metallic Braces(RM4,000)
2) Metallic Self-Ligating Braces (RM5,000)
3) Semi-Transparent Self-ligating Braces (RM6,000)
Doktor ada tanya aku, kenapa aku nak pakai braces. Aku kasitau kat doktor tu aku macam tak selesa bila time senyum (ada agenda lain sebnarnya muahaha biarlah aku seorang yg tahu selagi tak tercapai), maklumlah gigi tak lawo mana tang bahagian depan ngan bawah tu.
Memandangkan ini adalah sesi yang pertama, byk la soalan yg aku tanya kat doktor pasal braces dan tahap kesakitan semua tu. Akhir sekali doktor suruh aku fikir dulu samada nak teruskan pakai braces atau tak. Aku pun cakap, aku mmg nak buat. Mula-mula doktor cek gigi aku secara rambang. Doktor kata 95% aku kena cabut 4 batang gigi. perghhh aku dah seriau dah masa tu. sbb last aku cabut gigi masa tadika. itu pon aku dah lupa macamana rasa dia. Doktor cakap aku mmg kena cabut gigi sbb nak bagi ruang gigi-gigi aku ni tersusun rapi. Doktor tanya lagi, nak teruskan ke tak?. aku redha jela.. nak gigi cantik kan kena la berkorban sket. sob sob~
So, aku pon decide nak buat acuan dgn xray time tu gak. malas nak time-off kerap sgt. Doktor pon setup la acuan & xray sambil di bantu oleh nurse yg cun. sbb da seriau sgt bab cabut gigi tu tak sempat nak berkenalan. mmg cun woo!! Doktor ambik acuan gigi atas dan bawah secara berasingan. Untuk pengetahuan korang acuan dia tu rasa cam ubat gigi colgate je. cuma time dia lekap kat atas lelangit tu tersentap gak la bila nak di tarik keluar hohoo.. sesi membuat acuan di jangkakan lebih kurang 15 minit mcm tu. Kemudian aku di bawa ke bilik x-ray di tingkat paling atas sekali.
gambar hiasan
Selesai sudah sesi pertama bersama doktor chee. Next appoinment adalah pada Rabu depan since Dr. Chee hanya berada di klinik tersebut pada hari Rabu sahaja. So, utk next appoinment Dr. akan discuss pasal hasil x-ray dan acuan serta keputusan akhir berapa btg gigi yg aku kena cabut dan gigi mana yg akan kena cabut. (Masih mengharap takkan ada gigi yg akan di cabut walaupun harapan takkan ada gigi yg di cabut hanya 5% sahaja) [lap peluh di dahi]
4 comments:
-hahahah agenda nak cari aweks.. kompem nyer la.. so kirenyer lepas ni ade keyakinan utk sengeh lebih bile jumper aweks..hehe
-takpe.. nurse cun tu... minggu depan sempat lagi berkenalan...
dah tak jumpa dah sob sob.. :( dah berenti kot nurse tu
lambat bertindakkk :P
Post a Comment